Tuesday, May 02, 2006

Sri Nurulhuda Bte Mohd Ramli (18)
Menengah 5N1
27-04-2006

Hari Ibu
‘’Ibu, Nisa berjanji kepada ibu bahawa Nisa akan berjaya hingga ke menara gading. Nisa hendak ibu hidup senang apabila Nisa telah mendapat ijazah sarjana nanti. Ibu berdoalah supaya Nisa boleh berjaya nanti. Selamat tinggal ibu.’’

Sayu hatiku meninggalkan ibu. Tidak sampai hatiku untuk melepaskan ibu keseorangan dengan perangai ayah yang seperti kaki judi. Apakan dayaku. Untuk mencapai cita-cita, aku harus melanjutkan pelajaranku ke England. Aku mendapat peluang ke England kerana aku mendapat biasiswa dari pihak kementerian.

Aku kasihan melihat kesengsaraan ibu. Jarang sekali aku melihatnya tersenyum dan hidup bahagia. Setiap hari, ibu akan berdepan dengan perangai ayah yang malas bekerja dan suka meyekat wang saku ibuku. Jika apa yang menemui tidak kepuasan hati ayahku, ibu akan diterajang dan dipukul berkali-kali. Muka ibu yang dahulunya putih gebu dan manis kini dipenuhi lebam dan tanda-tanda luka yang mendalam. Begitu luka di mukanya, luka lagi hatinya yang suci bersih.

Namun begitu, ibu tetap tabah menghadapi segala rintangan yang melanda. Ibu tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya membesarkan aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Aku diajarnya ugama dan tata tertib serta budi bahasa supaya aku menjadi manusia yang sempurna di masa yang akan datang.

Pengorbannya terhadap diriku amat besar sekali. Tiada apa yang boleh aku balas selain daripada belajar dengan bersungguh-sungguh. Teringat aku, setiap hari selepas subuh ibu akan keluar mencari rezeki dan juga wang saku sekolahku dengan menghantar bunkusan nasi lemak dan kuih muih ke warung Mak Jah. Hasil daripada jualan itu, ibu membayar segala wang sekolahku and yuran sekolahku yang selalu tersekat.

Walaupun letih dan tidak bermaya, ibu tetap bekerja keras. Tetapi ayah selalu menyiksa ibu. Hampir setiap hari, ayah selalu mengambil duit hasil jualan ibu untuk membeli nombor ekor. Jika tidak diberi, ibu akan dipukul. Ibu jarang membelanjakan duit jualannya. Kadang kala aku menangis sendirian melihat ibu menahan lapar dan idamnya untuk membeli sepinggan Mee Rebus.

Beberapa tahun kemudian, aku tamat pelajaranku di England dan memiliki segulung ijazah sarjana dalam bidang kedoktoran. Aku tidak sabar untuk pulang ke tanah airku untuk bertemu dengan ibuku. Orang pertama yang aku ingin lihat sejurus sampai ke lapangan terbang ialah wajah lembut ibuku. Aku ingin memeluknya dan memberinya ijazahku. Aku ingin dia berasa bangga dan aku ingin mengakhiri kesengsaraanya. Aku dijangka akan pulang ke tanahair pada tanggal 13 Mei. Hari itu juga Hari Ibu. Aku ingin memberinya hadiah yang akan merubah hidupnya.

Sejurus aku tiba di lapangan terbang, aku mencari kelibat ibu. Aku cuma melihat wajah Mak Jah. Aku bertanya kepada Mak Jah, tetapi beliau menyuruhku pulang ke rumah. Tentu ibu menungguku di rumah, bisik hatiku.

Setibanya di rumah, aku melihat beberapa tamu yang hadir. Dengan serta-merta, hatiku bergelombang bagaikan ombak laut yang memukul pantai. Ada yang tidak kena. Kesemua tamu memakai pakaian serba putih. Apabila aku melangkah arahku ke ruang tamu, semua pandangan berpaling ke arahku. Suasana amat sepi sehingga aku bisa mendengar nafasku sendiri. Mak Jah mengusungku ke bilik ibu.

Di katil selalunya tempat ibu membuai mimpi, aku melihat ada sekujur mayat. Hatiku semakin berdegap-degup. Siapakah itu? ,bisik hatiku. Aku memberanikan diri dan mengahampiri mayat itu.

Dengan penuh hormat aku membuka kain kafan itu. Dengan serta merta, kelopak airmataku dipenuhi dengan mutiara jernih. Aku melihat wajah ibu. Aku tidak dapat menahan sebak di dada dan terus menggenggam ijazah yang selalu aku idamkan kini hancur segala-galanya.

‘’Ibu!! Jangan tinggalkan Nisa! Nisa masih perlukan ibu!’’ raunganku seperti kanak-kanak kecil. Hampir semua tetamu yang berada di situ tidak dapat menahan sedih di hati.

Mengapa ibu harus pergi di saat kebahagianya datang melanda? Ibu sanggup megorbankan dirinya. Mak Jah memberitahu bahawa ibu menghidap penyakit buah pinggang dan selama ini ibu merahsiakan penyakitnya itu kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai kos perubatan dialisisnya. Ibu pergi sejurus mendapat tahu bahawa aku lulus dengan cemerlang. Yang pedihnya lagi, ibu pergi pada saat semua ibu di seluruh dunia menyambut Hari Ibu.

Aku rasa hidup ini tidak bererti buatku lagi. Aku telah kehilangan satu permata emas dalam hidupku. Tiada apa yang boleh menggantikan tempat ibu. Walau sejauh mana ijazahku, aku tetap tidak dapat mendapat kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa yang aku boleh lakukan ialah meredhakan pemergian ibu dan teruskan kehidupan yang penuh dengan kesunyian.

pUdAr pADa Tuesday, May 02, 2006

Saturday, March 25, 2006

Bintang Di Surga

Masih ku merasa angkuh
Terbangkan anganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau ku terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Mencari hati untukku membagi
Menemani langkahku namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa hampa hidup terasa

Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Oh bintang di surga
Berikan cinta
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata


pUdAr pADa Saturday, March 25, 2006

Monday, March 06, 2006

Surat Kiriman Tidak Rasmi


Sahabat kamu telah menulis surat kepada kamu menceritakan tentang kenaikan pangkatnya menjadi ketua di dalam kegiatan ko-kurikulumnya. Dia telah meminta nasihat dan pendapat kamu tentang bagaimana dia boleh menjadi seorang ketua yang berwibawa berdasarkan pengalaman kamu sebagai seorang ketua dalam pasukan kamu. Tulis surat balasan kepada sahabat kamu itu selengkapnya.


Dian bte Danial
Blk 444 Tampines St 42
#05-324
Singapura 520444

06-03-2006

Menemui saudara Danish Bin Danial
Dengan selamatnya

Pertama sekali saya amat berbesar hati menerima surat dari saudara. Tidak sangka saudara masih ingat lagi kepada saya.

Saya ingin mengucapkan tahniah atas kerjayaan saudara mendapat pangkat yang tertinggi di Pasukan Kadet. Saya tahu bahawa amat sukar untuk mendapat posisi tersebut. Saya pernah mengalami kejayaan menjadi ketua di dalam kegiatan Pandu Putri dan itulah hari yang amat dikenang sehingga hujung nyawa saya.

Untuk menjadi seorang ketua, pelbagai tekanan dan pengorbanan yang harus anda lalui. Banyak cabaran yang harus saudara tempuhi. Cabaran oleh guru yang bertanggungjawab yang selalu menekan supaya semua kegiatan dilaksanakan dengan sempurna, cabaran ahli kegiatan tersebut yang selalu membuat masalah seperti tidak hadir dan tidak mengikut peraturan dan sebagainya.

Saya pernah mengalami tekanan oleh sekolah atas tidak boleh fokus sepenuhnya dalam pelajaran dan ini boleh menjejas keputusan peperiksaan saya. Timbul pula tekanan dari ibubapa saya kerana terlalu menumpukan masa kepada kegiatan luar darjah daripada pelajaran. Ini amat merungsingkan fikiran saya. Saya hampir berputus asa dan cepat mengalah.

Mujurlah saya menyedari kesilapan saya; sesat di hujung jalan, balik kepangkalan jalan. Saya menimbangi masa antara pelajaran dan kegiatan luar darjah supaya ia seimbang. Alhamdulillah atas kesabaran dan kecekalan hati, akhirnya saya berjaya dalam kedua-dua bidang. Saya lulus dengan cemerlang dan Pandu Putri mendapat pingat Puan Noor Aishah.

Saudara,untuk menjadi seorang ketua, saudara harus pandai membahagikan masa di antara pelajaran dan pasukan kadet. Apabila ada masalah, usah gentar dan jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha sehingga saudara mengecapi impian saudara. Setiap apa yang saudara lakukan, mesti ada beberapa masalah yang menimpa, seperti laut pun ada pasang surutya. Saudara harus memberanikan diri dan menerima semua masalah ini dan belajar bersabar. Dan anggap masalah ini sebagai iktibar buat saudara.

Saya akan mengakhiri surat ini. Saya berharap agar saudara akan berjaya dan terus berusaha hingga saudara berjaya. Saya di sini akan tetap terus berdoa agar saudara berada di keadaan yang di redha-Nya. Semoga kita boleh bertemu lagi. Saya berharap agar saudara boleh mengemaskinikan keadaan saudara di sana kepada saya. Semoga kita berjumpa lagi. Wassalam.

Yang benar


Dian Bte Danial

pUdAr pADa Monday, March 06, 2006

Thursday, February 16, 2006

''Jika saya diberi peluang apakah jenis perniagaan yang ingin saya ceburi?''
untuk memulakan perniagaan, kita perlu ada modal. untuk mencapai modal, kita harus berkorban wang simpanan kita. dan setelah memulakan perniagaan, kita harus dengan secara konsisten mengendalikannya supaya kita tidak mudah jatuh MUFLIS. saya telah beberapa kali membaca akhbar bahawa beberapa syrikat harus dirobohkan kerana kurang pengalaman dan modal dan perniagaan mereka tidak berhasil. justeru itu kita harus merancang dengan lebih teliti sebelum semuanya musnah, ayam terlepas tangan berbau tahi.
sebelum saya ingin memulakan perniagaan, yang pertama, saya akan mencari seorang rakan kongsi untuk saya memulakan perniagaan. kemudian, saya akan berbincang dengannya supaya semua pelan berjalan dengan lancar. selepas itu baru saya dan rakan kongsi saya akan mengeluarkan modal dan memulakan perniagaan dengan secara kecil-kecilan. saya percaya akan kata-kata ini sikit sikit,lama lama jadi bukit. jadi saya harus bermula dari bawah,untuk mencapai ke atas.
berbalik kepada soalan, jika saya diberi peluang, apakah jenis perniagaan yang ingin saya ceburi? jawapannya adalah jika saya diberi cukup pelajaran tentang bagaimana hendak mengendalikan sebuah perniagaan, saya ingin mencuba untuk mengendalikan sebuah restoran makanan. kini banyak restoran seperti ''makmur'', ''tepak sireh'', dan ''mukmin'' amat terkenal di masyarat Melayu Islam di Singapura.
tetapi untuk mengendalikan restoran bukannya mudah kerana ada aspek-aspek yang tertentu yang harus dilakukan. kita harus mengambil lesen restoran, memilih sebuah restoran yang sesuai, iklan yang boleh menarik perhatian para penjamu selera, memilih tukang masak yang sesuai dan lain-lain lagi. justeru itu, kita harus merancang dengan lebih teliti.
saya ingin menceburi dengan perniagaan mengendalikan sebuah restoran kerana saya amat gemar memasak dan ini telah mendorong saya untuk menceburi dalam mengendali sebuah restoran. tetapi untuk mencapai cita-cita tinggi ini, saya harus bermula dari sekarang. semoga saya berjaya!

pUdAr pADa Thursday, February 16, 2006

Tuesday, January 31, 2006

gong xi fa cai

hari ini baru aku dapat duduk di rumah sepenuh hari. ia memang hari sabtu yang lalu ialah hari cuti sekolah oleh kerana tahun baru cina. tetapi aku harus bekerja. hmm..ini bukan sesuatu yang membebankan kerana ini ialah pilihan diriku sendiri. walaupun sudah dilarang oleh kedua ibubapaku, aku tetap mahu bekerja.

alah, lagipun aku cuma bekerja pada hari hujung minggu sahaja. tak menganggu hal ehwal sekolah pon! haha. aku kini cuma harus bijak membahagikan masa sekolah dan bekerja.

beberapa hari yang lalu, aku mendapat hong bao!(duit raya cina lah!) dua daripada tempat aku bekerja dan satu lagi dari kawan rapat mamaku. haa..eksyen seh sri! ahh tidak lah..

hmm ada semua tau tak apa yang yang berbeza di blogku kini? mesti kulitnya kan? haha tetapi ini adalah sementara sahaja kerana aku kini tidak mempunyai masa untuk mengemaskinikan sepenuhnya. tetapi yang membingitkan ialah, takda gambar!!arrgghhh geramnya!

pUdAr pADa Tuesday, January 31, 2006

Tuesday, January 10, 2006

pertama, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam yang menyambutnya hari ini. hmm...hari nie tak sekolah, tapi kerja sekolah, yah amat! banyak sampai tak terangkat. tentang cuaca hari ini, huja tidak henti-henti turun dan membasahi bumi. sejak dari semalam lagi...kesian aku, tidur dalam kesejukan. brrrr...

patutnya hari nie aku ikut mama dan ayah ke rumah sanak saudara, tetapi dengan melihatnya kerja sekolah yang begitu banyak, aku membuat keputusan untuk berperap di rumah dan mentelah pula aku tidak enak badan. kesian...

sehari suntuk aku di rumah dan melekatkan mata di kaca tv, ada cerita yang menarik hari ini di suria, ''tangkai jering''. terkekek2 aku di rumah mcm orang gile!nak-nak mase crite tu nak kat habis. kelakar btol!selepas itu, aku membuat kerja rumah dan mengemas ape yang patot. hehe..

dahlah sampai di sini sahaje aku kemaskini...terrraaa!!

pUdAr pADa Tuesday, January 10, 2006

Friday, January 06, 2006

kelas tuisyen

Kini banyak kelas tusyen diadakan di seluruh singapura, baikpun secara berkumpulan ataupun secara peribadi. dengan adanya kelas tusyen, para pelajar akan mudah memahami dengan lebih mendalami lagi apa yang diajar oleh guru di sekolah. selalu nya mereka agak keberatan dan mungkin malu untuk bertanya kepada guru mereka. dengan adanya kelas tusyen yang diajar oleh guru tusyen yang berpengalaman, mereka dapat mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa. dengan adanya kelas tusyen, para pelajar boleh menjadi kerap belajar walaupun selepas waktu sekolah sudah berakhir. ini telah membuat pelajar lebih tekun dan rajin.

yang negatif tentang adanya kelas tusyen, yang pertama, ia menggunakan banyak wang. jika guru yang mengajar itu ialah seorang guru tusyen professional yang berpengalaman, maka yuran kelas tusyen itu boleh meningkat. ini yang menjadi faktor utama bagi pelajar yang tidak mampu. yang kedua, kebanyakan para pelajar dan ibubapa telah ditipu oleh para agen tusyen kerana guru tusyen yang mereka beri itu adalah tidak berpengalaman dan tidak dilatih sepenuhnya bagaimana hendak mengatasi pelajar lemah.

oleh itu pada pendapat saya, kelas tusyen boleh memberangsang jika kita bijak memilih agen guru tusyen yang berkesan. walau bagaimanapun, jika kita tidak mempunyai guru tusyen, kita juga boleh berjaya dan memahami topik yang dipelajari jika kita belajar secara bersendirian tanpa dibimbing oleh guru tusyen. dengan ini, wang ibubapa kita boleh dijimat untuk masa depan kita. kita cuma harus rajin mengulangkaji pelajaran dengan secara konsisten.

pUdAr pADa Friday, January 06, 2006

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com