esok bermulalah sebuah revolusi.di sini aku ingin megucapkan semoga berjaya kepada semua para pelajar yang akan menduduki peperiksaan GCE Mt O level buat kali kedua. harap2 kesemua pelajar mendapat keputusan yang amat memuskan. semoga di bulan yang mulia ini kita semua diberkati oleh Nya.
bagi aku,aku tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. aku akan terus berusaha hinga berjaya. aku ingin lulus peperiksaanku dengan cemerlang. bagi bahasa melayu, aku inginkan gred A2 jika termampu, A1. pada peperiksaan yang sudah aku mendapat B3. ini tidak mencukupi. akan ku usahakan sehingga aku mendapat jalan bagaimana untuk mendapatkan gred sebanyak dan seberat itu. haiz..kata cikgu latifah, dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalanya. akan kuingati frasa itu hingga akhir cebisan hidupku.
apa yang aku harapkan esok ialah aku tidak harus gementar lagi. aku harus tenang dan membuat pelan dahulu. aku tidak harus mengelabar dan seperti kata halil chik dalam filem 'baginda', ''FOKUS''. haha... aku harus bijak dalam menangani masa dengan sewajarnya. masa itu emas..(boleh gadai ker?)
aku akan membuat surat kiriman, dan sudah pastinya, karangan sambung cerita. haiz..dahlah aku yakin aku boleh!yeah! insyaallah...
pUdAr pADa Sunday, October 30, 2005