kelas tuisyenKini banyak kelas tusyen diadakan di seluruh singapura, baikpun secara berkumpulan ataupun secara peribadi. dengan adanya kelas tusyen, para pelajar akan mudah memahami dengan lebih mendalami lagi apa yang diajar oleh guru di sekolah. selalu nya mereka agak keberatan dan mungkin malu untuk bertanya kepada guru mereka. dengan adanya kelas tusyen yang diajar oleh guru tusyen yang berpengalaman, mereka dapat mengulangkaji pelajaran mereka dengan selesa. dengan adanya kelas tusyen, para pelajar boleh menjadi kerap belajar walaupun selepas waktu sekolah sudah berakhir. ini telah membuat pelajar lebih tekun dan rajin. yang negatif tentang adanya kelas tusyen, yang pertama, ia menggunakan banyak wang. jika guru yang mengajar itu ialah seorang guru tusyen professional yang berpengalaman, maka yuran kelas tusyen itu boleh meningkat. ini yang menjadi faktor utama bagi pelajar yang tidak mampu. yang kedua, kebanyakan para pelajar dan ibubapa telah ditipu oleh para agen tusyen kerana guru tusyen yang mereka beri itu adalah tidak berpengalaman dan tidak dilatih sepenuhnya bagaimana hendak mengatasi pelajar lemah. oleh itu pada pendapat saya, kelas tusyen boleh memberangsang jika kita bijak memilih agen guru tusyen yang berkesan. walau bagaimanapun, jika kita tidak mempunyai guru tusyen, kita juga boleh berjaya dan memahami topik yang dipelajari jika kita belajar secara bersendirian tanpa dibimbing oleh guru tusyen. dengan ini, wang ibubapa kita boleh dijimat untuk masa depan kita. kita cuma harus rajin mengulangkaji pelajaran dengan secara konsisten.
pUdAr pADa Friday, January 06, 2006