''Jika saya diberi peluang apakah jenis perniagaan yang ingin saya ceburi?''
untuk memulakan perniagaan, kita perlu ada modal. untuk mencapai modal, kita harus berkorban wang simpanan kita. dan setelah memulakan perniagaan, kita harus dengan secara konsisten mengendalikannya supaya kita tidak mudah jatuh MUFLIS. saya telah beberapa kali membaca akhbar bahawa beberapa syrikat harus dirobohkan kerana kurang pengalaman dan modal dan perniagaan mereka tidak berhasil. justeru itu kita harus merancang dengan lebih teliti sebelum semuanya musnah, ayam terlepas tangan berbau tahi.
sebelum saya ingin memulakan perniagaan, yang pertama, saya akan mencari seorang rakan kongsi untuk saya memulakan perniagaan. kemudian, saya akan berbincang dengannya supaya semua pelan berjalan dengan lancar. selepas itu baru saya dan rakan kongsi saya akan mengeluarkan modal dan memulakan perniagaan dengan secara kecil-kecilan. saya percaya akan kata-kata ini sikit sikit,lama lama jadi bukit. jadi saya harus bermula dari bawah,untuk mencapai ke atas.
berbalik kepada soalan, jika saya diberi peluang, apakah jenis perniagaan yang ingin saya ceburi? jawapannya adalah jika saya diberi cukup pelajaran tentang bagaimana hendak mengendalikan sebuah perniagaan, saya ingin mencuba untuk mengendalikan sebuah restoran makanan. kini banyak restoran seperti ''makmur'', ''tepak sireh'', dan ''mukmin'' amat terkenal di masyarat Melayu Islam di Singapura.
tetapi untuk mengendalikan restoran bukannya mudah kerana ada aspek-aspek yang tertentu yang harus dilakukan. kita harus mengambil lesen restoran, memilih sebuah restoran yang sesuai, iklan yang boleh menarik perhatian para penjamu selera, memilih tukang masak yang sesuai dan lain-lain lagi. justeru itu, kita harus merancang dengan lebih teliti.
saya ingin menceburi dengan perniagaan mengendalikan sebuah restoran kerana saya amat gemar memasak dan ini telah mendorong saya untuk menceburi dalam mengendali sebuah restoran. tetapi untuk mencapai cita-cita tinggi ini, saya harus bermula dari sekarang. semoga saya berjaya!
pUdAr pADa Thursday, February 16, 2006