Surat Kiriman Tidak Rasmi
Sahabat kamu telah menulis surat kepada kamu menceritakan tentang kenaikan pangkatnya menjadi ketua di dalam kegiatan ko-kurikulumnya. Dia telah meminta nasihat dan pendapat kamu tentang bagaimana dia boleh menjadi seorang ketua yang berwibawa berdasarkan pengalaman kamu sebagai seorang ketua dalam pasukan kamu. Tulis surat balasan kepada sahabat kamu itu selengkapnya.
Dian bte Danial
Blk 444 Tampines St 42
#05-324
Singapura 520444
06-03-2006
Menemui saudara Danish Bin Danial
Dengan selamatnya
Pertama sekali saya amat berbesar hati menerima surat dari saudara. Tidak sangka saudara masih ingat lagi kepada saya.
Saya ingin mengucapkan tahniah atas kerjayaan saudara mendapat pangkat yang tertinggi di Pasukan Kadet. Saya tahu bahawa amat sukar untuk mendapat posisi tersebut. Saya pernah mengalami kejayaan menjadi ketua di dalam kegiatan Pandu Putri dan itulah hari yang amat dikenang sehingga hujung nyawa saya.
Untuk menjadi seorang ketua, pelbagai tekanan dan pengorbanan yang harus anda lalui. Banyak cabaran yang harus saudara tempuhi. Cabaran oleh guru yang bertanggungjawab yang selalu menekan supaya semua kegiatan dilaksanakan dengan sempurna, cabaran ahli kegiatan tersebut yang selalu membuat masalah seperti tidak hadir dan tidak mengikut peraturan dan sebagainya.
Saya pernah mengalami tekanan oleh sekolah atas tidak boleh fokus sepenuhnya dalam pelajaran dan ini boleh menjejas keputusan peperiksaan saya. Timbul pula tekanan dari ibubapa saya kerana terlalu menumpukan masa kepada kegiatan luar darjah daripada pelajaran. Ini amat merungsingkan fikiran saya. Saya hampir berputus asa dan cepat mengalah.
Mujurlah saya menyedari kesilapan saya; sesat di hujung jalan, balik kepangkalan jalan. Saya menimbangi masa antara pelajaran dan kegiatan luar darjah supaya ia seimbang. Alhamdulillah atas kesabaran dan kecekalan hati, akhirnya saya berjaya dalam kedua-dua bidang. Saya lulus dengan cemerlang dan Pandu Putri mendapat pingat Puan Noor Aishah.
Saudara,untuk menjadi seorang ketua, saudara harus pandai membahagikan masa di antara pelajaran dan pasukan kadet. Apabila ada masalah, usah gentar dan jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha sehingga saudara mengecapi impian saudara. Setiap apa yang saudara lakukan, mesti ada beberapa masalah yang menimpa, seperti laut pun ada pasang surutya. Saudara harus memberanikan diri dan menerima semua masalah ini dan belajar bersabar. Dan anggap masalah ini sebagai iktibar buat saudara.
Saya akan mengakhiri surat ini. Saya berharap agar saudara akan berjaya dan terus berusaha hingga saudara berjaya. Saya di sini akan tetap terus berdoa agar saudara berada di keadaan yang di redha-Nya. Semoga kita boleh bertemu lagi. Saya berharap agar saudara boleh mengemaskinikan keadaan saudara di sana kepada saya. Semoga kita berjumpa lagi. Wassalam.
Yang benar
Dian Bte Danial
pUdAr pADa Monday, March 06, 2006