Tuesday, May 02, 2006

Sri Nurulhuda Bte Mohd Ramli (18)
Menengah 5N1
27-04-2006

Hari Ibu
‘’Ibu, Nisa berjanji kepada ibu bahawa Nisa akan berjaya hingga ke menara gading. Nisa hendak ibu hidup senang apabila Nisa telah mendapat ijazah sarjana nanti. Ibu berdoalah supaya Nisa boleh berjaya nanti. Selamat tinggal ibu.’’

Sayu hatiku meninggalkan ibu. Tidak sampai hatiku untuk melepaskan ibu keseorangan dengan perangai ayah yang seperti kaki judi. Apakan dayaku. Untuk mencapai cita-cita, aku harus melanjutkan pelajaranku ke England. Aku mendapat peluang ke England kerana aku mendapat biasiswa dari pihak kementerian.

Aku kasihan melihat kesengsaraan ibu. Jarang sekali aku melihatnya tersenyum dan hidup bahagia. Setiap hari, ibu akan berdepan dengan perangai ayah yang malas bekerja dan suka meyekat wang saku ibuku. Jika apa yang menemui tidak kepuasan hati ayahku, ibu akan diterajang dan dipukul berkali-kali. Muka ibu yang dahulunya putih gebu dan manis kini dipenuhi lebam dan tanda-tanda luka yang mendalam. Begitu luka di mukanya, luka lagi hatinya yang suci bersih.

Namun begitu, ibu tetap tabah menghadapi segala rintangan yang melanda. Ibu tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya membesarkan aku bagaikan menatang minyak yang penuh. Aku diajarnya ugama dan tata tertib serta budi bahasa supaya aku menjadi manusia yang sempurna di masa yang akan datang.

Pengorbannya terhadap diriku amat besar sekali. Tiada apa yang boleh aku balas selain daripada belajar dengan bersungguh-sungguh. Teringat aku, setiap hari selepas subuh ibu akan keluar mencari rezeki dan juga wang saku sekolahku dengan menghantar bunkusan nasi lemak dan kuih muih ke warung Mak Jah. Hasil daripada jualan itu, ibu membayar segala wang sekolahku and yuran sekolahku yang selalu tersekat.

Walaupun letih dan tidak bermaya, ibu tetap bekerja keras. Tetapi ayah selalu menyiksa ibu. Hampir setiap hari, ayah selalu mengambil duit hasil jualan ibu untuk membeli nombor ekor. Jika tidak diberi, ibu akan dipukul. Ibu jarang membelanjakan duit jualannya. Kadang kala aku menangis sendirian melihat ibu menahan lapar dan idamnya untuk membeli sepinggan Mee Rebus.

Beberapa tahun kemudian, aku tamat pelajaranku di England dan memiliki segulung ijazah sarjana dalam bidang kedoktoran. Aku tidak sabar untuk pulang ke tanah airku untuk bertemu dengan ibuku. Orang pertama yang aku ingin lihat sejurus sampai ke lapangan terbang ialah wajah lembut ibuku. Aku ingin memeluknya dan memberinya ijazahku. Aku ingin dia berasa bangga dan aku ingin mengakhiri kesengsaraanya. Aku dijangka akan pulang ke tanahair pada tanggal 13 Mei. Hari itu juga Hari Ibu. Aku ingin memberinya hadiah yang akan merubah hidupnya.

Sejurus aku tiba di lapangan terbang, aku mencari kelibat ibu. Aku cuma melihat wajah Mak Jah. Aku bertanya kepada Mak Jah, tetapi beliau menyuruhku pulang ke rumah. Tentu ibu menungguku di rumah, bisik hatiku.

Setibanya di rumah, aku melihat beberapa tamu yang hadir. Dengan serta-merta, hatiku bergelombang bagaikan ombak laut yang memukul pantai. Ada yang tidak kena. Kesemua tamu memakai pakaian serba putih. Apabila aku melangkah arahku ke ruang tamu, semua pandangan berpaling ke arahku. Suasana amat sepi sehingga aku bisa mendengar nafasku sendiri. Mak Jah mengusungku ke bilik ibu.

Di katil selalunya tempat ibu membuai mimpi, aku melihat ada sekujur mayat. Hatiku semakin berdegap-degup. Siapakah itu? ,bisik hatiku. Aku memberanikan diri dan mengahampiri mayat itu.

Dengan penuh hormat aku membuka kain kafan itu. Dengan serta merta, kelopak airmataku dipenuhi dengan mutiara jernih. Aku melihat wajah ibu. Aku tidak dapat menahan sebak di dada dan terus menggenggam ijazah yang selalu aku idamkan kini hancur segala-galanya.

‘’Ibu!! Jangan tinggalkan Nisa! Nisa masih perlukan ibu!’’ raunganku seperti kanak-kanak kecil. Hampir semua tetamu yang berada di situ tidak dapat menahan sedih di hati.

Mengapa ibu harus pergi di saat kebahagianya datang melanda? Ibu sanggup megorbankan dirinya. Mak Jah memberitahu bahawa ibu menghidap penyakit buah pinggang dan selama ini ibu merahsiakan penyakitnya itu kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai kos perubatan dialisisnya. Ibu pergi sejurus mendapat tahu bahawa aku lulus dengan cemerlang. Yang pedihnya lagi, ibu pergi pada saat semua ibu di seluruh dunia menyambut Hari Ibu.

Aku rasa hidup ini tidak bererti buatku lagi. Aku telah kehilangan satu permata emas dalam hidupku. Tiada apa yang boleh menggantikan tempat ibu. Walau sejauh mana ijazahku, aku tetap tidak dapat mendapat kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa yang aku boleh lakukan ialah meredhakan pemergian ibu dan teruskan kehidupan yang penuh dengan kesunyian.

pUdAr pADa Tuesday, May 02, 2006

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com